Tuesday 28 February 2012

[Eksklusif TV1] Syiah Mazhab Atau Agama?

[Eksklusif TV1] Syiah Mazhab Atau Agama? Siri 1




[Eksklusif TV1] Syiah Mazhab Atau Agama? Siri 2





Saturday 25 February 2012

Mukaddimah Buku


AL-AWASHIM MIN AL-QAWASHIM
FI TAHQIQ MAWAQIF AS-SHAHABAH
BA’DA WAFAT AN-NABI SAW
MAKLUMAT TENTANG BUKU

Manuskrip buku ini ada di ;
·         Dar al-Kutub al-Misriyah bernombor 42654.
·         Dar al-Kutub al-Misriyah bernombor 621 Aqaid Taimur.
·         Dar al-Kutub al-Misriyyah bernombor 22031 B
·         Naskhah yang telah dicetak dan diedarkan oleh Shaykh Abdul Hamid bin Badis RHA di Kostantinah al-Jazair Juz 1 tahun 1927, Juz 2 pada  tahun 1928.

            Al-Awashim Min al-Qawashim adalah karya agung al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi.

Shaykh Ibnu Badis RA menerbitkannya dengan berpandukan kepada satu manuskrip yang ada di Masjid Agung Az-Zaitunah, Tunisia pada tahun 1347H. Dalam naskhah manuskrip ini terdapat ruang kosong dan berlubang di sebahagian tempat. Shaykh telah berusaha untuk membaca baris-baris manuskrip dengan baik demi berusaha untuk menjaga apa yang ada padanya.

Shaykh Muhibbudin al-Khatib mengambil sebahagian daripada juz 2 mulai daripada halaman 98 hingga 193 dan menerbitkan dengan berpegang kepada cetakan ini semata-mata tanpa melihat kepada manuskrip yang lain dan menambah nama buku ini menjadi al-Awashim Min al-Qawashim fi Tahqiq Mawaqif As-Shahabah Ba’da Wafat An-Nabi.

Kemudian buku ini dicetak daripada cetakan ini. Seterusnya buku ini diterbitkan secara lengkap dalam dua bahagian oleh Prof. Dr. Ammar Thalibi, guru besar Fakulti Adab Universiti al-Jazair dan ketua bahagian falsafah.
·         Bahagian Pertama :  Kajian terhadap pendapat-pendapat Kalamiyah milik Ibnul Arabi dan bantahannya terhadap falsafah Yunani.
·         Bahagian kedua :        Teks lengkap dan sahih untuk pertama kalinya buku al-Awashim Min al-Qawashim.

Ustaz Mahmud Mahdi al-Istanbuli HFZ menerbitkan cetakan Shaykh Muhibbudin al-Khatib itu sendiri dengan mencantumkan komentar-komentar dari Shaykh al-Khatib dengan tambahan komen darinya  dengan beberapa tambahan tahqiq dari segi hadis dan sejarah.

Para tahqiq Turath di Maktab As-Salafi Li Tahqiq at-Turath telah melakukan perbandingan antara 3 manuskrip yang ada di Dar al-Kutub al-Misriyah ;
·         Dar al-Kutub al-Misriyah bernombor 42654.
·         Dar al-Kutub al-Misriyah bernombor 621 Aqaid Taimur.
·         Ketiga No. 4 Syin, Ilmu Kalam.

Mereka mencantumkan apa yang sahih menurut mereka, membuang sedikit komentar yang dilakukan oleh Shaykh Khatib kerana kekeliruan cetakan pada cetakan Shaykh Abdul Hamid Badis dan mencantumkan komentar-komentar lainnya.

Seterusnya mereka membuat biografi Imam al-Qadhi Abu Bakar Ibnuk Arabi dan buku-bukunya, menambah takhrij dan tahqiq hadith-hadith Nabi SAW dan mencantumkan faedah yang telah ditulis oleh Ustaz Mahmud mahdi al-Istanbuli. Mereka juga telah memastikan ketepatan teks buku dengan berpandukan kepada manuskrip-manuskrip di atas tanpa sebarang kesalahan.

Kemudian seorang pemuda salafi yang penuh semangat, Ustaz Syaraf Hijazi telah mengeluarkan buku ini dan mengawasi proses penerbitannya sehingga ia muncul dalam bentuk yang bagus ini.

Dan saya, Mohammad Fikri Ar-Ribaty telah mengalih bahasa buku ini kepada bahasa Melayu  dengan berpandukan buku bahasa Arab dengan ringkasan yang benar dan baik kerana inginkan agar faedah buku ini dapat dikongsi kepada masyarakat Islam di Malaysia, dan dengan harapan semoga mereka tidak jatuh ke dalam perangkap Syiah dan mencintai Ummahatul Mukminin dan sahabat-sahabat Nabi SAW. Siri-siri ini akan diletakkan di dalam blog yang dikongsikan bersama beberapa rakan. Semoga Allah memberkati usaha mereka yang mulia.

            Ya Allah, temukanlah kami dengan sahabat-sahabat Nabi dan Ummahatul Mukminin yang kami cintai di akhirat kelak.

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".  [ Surah al-Hasyr ayat 10]

Wassalam.


Friday 24 February 2012

Dengan nama Allah kami bermula

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102) ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1) ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70). أمِّا بعد:

Sebenar-benar kalam ialah kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk Muhammad Salallahualaihiwasalam dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka tanpa berdasar pertunjuk Allah dan rasul,dan setiap perkara yang direka tanpa pertunjuk Allah dan rasul ialah bid'ah. Dan setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka.

Alhamdulilah, blog ini dibangunkan hanya untuk satu tujuan yang mulia iatu membela Islam tercinta dari  ancaman Syiah yang cuba mengubah agama yang mulia ini kepada agama Pagan yang menyembah 'Ahlubait' sedang Ahlubait berlepas diri dari kekotoran ajaran sesat tersebut.


                      SYIAH TIDAK KENAL MAKA TIDAK BENCI !!