Saturday 24 March 2012

Jawapan kepada tuduhan syiah kepada Abu Bakar r.a- Siri 1


Bismillahi ar-Rahmanir Rahim

Berikut ialah pautan-pautan ilmiah yang menjawab isu-isu fitnah syiah imamiyah terhadap Abu Bakar r.a. Pautan-pautan  ini akan dikemas kini  dari semasa ke semasa dalam bentuk bersiri. Sebahagian dari link berikut telah dijawab oleh pihak syiah. Tapi kami harapkan agar sikap kritis bagi menilai jawapan kerana bukan semua jawapan tersebut  telah membatalkan hujah link-link berikut. Terdapat 33 pertuduhan syiah kepada Abu Bakar r.a.. InsyaAllah, akan dijawab pertuduhan yang valid dari masa ke semasa

Siri 1: Menjawab persoalan sekitar isu fadak 

Salah satu kekeliruan syiah ialah pendirian mereka yang tidak tetap dalam isu fadak.  Sekejap kata fadak adalah hadiah yang diberikan Rasulullah sallahu a'alaihi wassalam dan sekejap adalah harta perwarisan yang diberikan.

Terdapat sekurang-kurangnya 8 hujah syiah. Berikut ialah pautan-pautan yang menjawab dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
1.  Fadak adalah hadiah kepada Fatimah r.a

2.  Abu Bakar r.a tidak memberikan harta fadak kepada Fatimah r.a

3.  Fatimah r.a marah kepada Abu Bakar r.a


4.  Abu Bakar r.a tersilap/ mencipta  hadith  para nabi tidak mewariskan


5. Riwayat hadith ‘para nabi tidak mewariskan’ bercanggah dengan al-Quran


6. Ali r.a meminta harta fadak selepas kewafatan Fatimah r.a

7. Abu Bakar r.a menggunakan harta fadak

8. Umar r.a menukar keputusan Abu Bakar r.a berkenaan fadak


Friday 23 March 2012

SIRI 4 : Sikap Abu Bakar Ra Terhadap Orang-Orang Yang Tidak Mahu Membayar Zakat Selepas Kewafatan Nabi Saw.

Umar dan lainnya R.Anhum berkata kepada Abu Bakar RA, “ Jika orang-orang Arab menolak membayar zakat pada Anda, maka bersabarlah atas mereka.”. Maka Abu Bakar RA menjawab, “ Demi Allah, seandainya mereka menolak menunaikan seutas tali yang dahulu mereka tunaikan kepada Rasul Allah SAW, nescaya aku akan memerangi mereka. Demi Allah aku akan memerangi orang yang memisahkan antara Zakat dan Solat.”[1]

            Abu Bakar ditanya, “ Bersama siapa engkau memerangi mereka.?” Beliau menjawab, “ Aku bersendirian, sehingga salifah aku ini terputus sekalipun.”[2]

            Abu Bakar menghantar panglima perang, dan para gabenor ke penjuru negeri, dia memilih mereka dengan pertimbangan yang matan. Hal itu termasuk tindakkannya yang benar dan langkah awalnya yang terbaik.[3]


[1] Ketika pasukan tentera Usamah berangkat ke timur Jordan, rombongan-rombongan Arab mulai datang ke Madinah, mereka mengakuti solat tetapi tidak mahu menunaikan zakat.

Ibnu Kathir, (6/311) berkata, “ Di antara mereka ada yang berdalil dengan firman Allah SWT,

            “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Surah at-Taubah ayat 103]

Mereka berkata, “Kami tidak membayar zakat kecuali kepada orang yang doanya adalah ketenangan bagi kami.”

Maka para sahabat telah berbicara dengan Abu Bakar RA agar membiarkan mereka menolak membayar zakat yang mereka pegang dan bersifat lembut terhadap mereka sampai keimanan bersemayam di dalam hati mereka, kemudian setelah itu mereka berzakat, tetabi Abu Bakar menolak dan tidak berkenan.

Jemaah ulama hadith meriwayatkan dalam kitab-kitab mereka, kecuali Ibnu Majah.

Dari Abu Hurairah bahawa Umar bin al-Khattab berkata kepda Abu Bakar,

“ Atas dasar apa engkau memerangi manusia sedangkan Rasul Allah SAW telah bersabda,

“ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang Haq selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka mengucapkannya, maka terjagalah darah dan harta mereka dariku kecuali dengan haknya.”

Abu Bakar menjawab,

“ Demi Allah, kalau mereka menolak membayar seekor anak binatan ternakan, dalam riwayat lain seutas tali yang dulu mereka bayarkan kepada Rasul Allah SAW, nescaya aku akan memerangi orang-orang yang memisahkan antara solat dan zakat.”

Umar berkata,

“Beberapa saat kemudian aku melihat bahawa Allah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi mereka, maka aku menyedari bahawa itu adalah kebenaran.”

Hadith ini di dalam Musnad Ahmad, (1/11,19,35-36) cetakan pertama, (1/67 dan 117,239)cetakan kedua, dari hadith Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah dari Abu Hurairah.

Dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, (6/312) al-Qasim bin Muhammad (bin Abu Bakar, salah seorang fuqaha 7) berkata, “ Bani Asad, Ghathafan, dan Thaiyi’ berkumpul pada Thulaihah al-Asadi, mereka mengirim rombongan ke Madinah. Mereka singga pada orang-orang yang mempunyai pandangan, dan orang-orang tersebut menerima mereka kecuali al-Abbas. Orang-orang tersebut membawa delegasi itu kepada Abu Bakar, mereka bersedia mendirikan solat tetapi menolak menunaikan zakat. Maka Allah meneguhkan Abu Bakar di atas kebenaran.

Abu Bakar berkata,

“Seandainya mereka menolak menunaikan seutas tali kepadaku, nescaya aku akan memerangi mereka. (Muhibbudin al-Khatib.)

[2]  As-Salifah maksudnya sisi leher, ada dua sisi iaitu kanan dan kiri, dan salah satunya tidak terputus dari yang lain melainkan dengan kematian. (Muhibbudin al-Khatib)

[3] Para panglima tersebut ialah Abu Ubaidah, Amir bin Abdullah bin al-Jarrah al-Fihri, Amru bin al-Ash as-Shahmi, Khalid bin al-Walid al-Makhzumi, Khalid bin Sa’id bin al-Ash al-Umawi, Yazid bin Abu Sufyan, Ikrimah bin Abu Jahal, al-Muhajir bin Abu Umayyah saudara kandung kepada Ummu Salamah Ummul Mukminin, Syurahbil bin Hasanah, Muawiyah bin Abu Sufyan, Suhail bin Amru al-Amiri, al-Qa’qa bin Amru at-Tamimi, Arfajah bin Hartsamah al-Bariqi, al-Alaa’ bin al-Hadhrami, al-Mutsanna bin Haritsah as-Syaibani, Huzaifah bin Mihshan al-Ghathafani.

Para Gabenor pula ialah  Attab bin Usaid  al-Umawi, Usman bin al-Ash as-Tsaqafi, Ziyad bin Labid al-Anshari, Abu Musa al-Ash’ari, Muadz bin Jabal, Ya’la bin Munayyah, Jarir bin Abdullah al-Bajali, Iyadh bin Ghanam, al-Walid bin Uqban bin Abu Mu’aith, Abdullah bin Tsaur, salah seorang dari Bani Ghauts dan Suwaid bin Muqrin al-Muzani.

Saturday 17 March 2012

SIRI 3 Sikap Abu Bakar RA dalam Pertemuan di Tempat Teduh (Saqifah) Bani Sa’idah.

Kaum Ansar berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah, mereka bermesyuarat tanpa mengetahui apa yang akan mereka lakukan. Hal tersebut diketahui oleh orang-orang Muhajirin, maka mereka berkata, “Kita meminta agar mereka datang kemari.” Abu Bakar berkata, “ Tidak, kitalah yang datang kepada mereka.” Maka orang-orang Muhajirin mendatangi mereka. Di antara orang-orang Muhajirin tersebut terdapat Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah, maka terjadilah perbicaraan. Sebahagian Ansar berkata, “Seorang pemimpin dari kami dan seorang lagi dari kalian.[1]Lalu Abu Bakar berbicara dengan panjang dan benar.

Dan di antara perkataan Abu Bakar, 

“Kami pemimpinnya sementara kalian adalah menterinya,” 

Sesungguhnya Rasul Allah SAW bersabda, mafhumnya

“ Para Pemimpin itu dari Quraisy.”[2]

Beliau bersabda,
“Aku mewasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada orang-orang Ansar, hendaknya kalian menerima orang yang berbuat baik dari mereka dan memaafkan yang berbuat salah dari mereka. ”[3]
            
Sesungguhnya Allah menamakan kami As-Sadiqiin (orang-orang yang benar) dan kalian Muflihin ( orang-orang yang beruntung)[4] Allah telah memerintahkan agar kalian bersama kami di manapun kami berada.

FirmanNya,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. [Surah at-Taubah ayat 119]
            
Dan ucapan-ucapan beliau yang lain yang benar dengan dalil-dalil yang kuat, maka orang-orang Ansar teringat akan hal itu dan tunjuk kepadanya, lalu mereka membaiat Abu Bakar.[5]

Seterusnya Abu Bakar RA mengeluarkan perintah kepada Usamah,

“Berangkatlah untuk melaksanakan perintah Rasul Allah SAW.”

            Maka Umar RA berkata, “Bagaimana anda mahu meneruskan pasukan ini sementara orang-orang Arab bergolak di atasmu?”

            Abu Bakar RA menjawab, “ Seandainya anjing-anjing bermain dengan gelang kaki wanita Madinah sekalipun, nescaya aku tidak akan membatalkan pasukan yang diizin untuk berangkat oleh Rasul Allah SAW.”[6]


[1] Yang berkata demikian ialah seorang khatib dari Anshar, namanya al-Hubab bin al-Mundzir. (Muhibbudin al-Khatib).
[2]  Hadith ini ada di dalam Musnad at-Thayalisi, no. 926 dari Abu Barzah dan no. 2133 dari Anas, dan dalam kitab al-Ahkam dari Sahih al-Bukhari ( Kitab 93, bab 2 , 8/104-105) dari Muawiyah bahawa dia mendengar Rasul Allah SAW bersabda,

“Sesungguhnya perkara ini ada pada Quraisy, tidak seorang pun memusuhi mereka melainkan Allah menelungkupkan di atas wajahnya selama mereka menegakkan agama.”

Dan dari Ibnu Umar RA, Rasul Allah SAW bersabda,

“ Perkara ini senantiasa di tangan Quraisy selama tersisa dari mereka dua orang. ”

Dalam Musnad Imam Ahmad, 3/129 , cetakan pertama dari Anas bin Malik bahawa Rasul Allah SAW berdiri di pintu rumah di mana kami berada di dalamnya, beliau bersabda,

“ Para pemimpin itu dari Quraisy, sesungguhnya mereka mempunyai hak atas kalian….. ” dan seterusnya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam al-Musnad, 3/183, cetakan pertama, dari Anas, beliau berkata,

“Kami sedang berada di rumah seorang lelaki dari Ansar lalu Nabi SAW datang, beliau berdiri dan memegang daun pintu, lalu beliau berkata,

“ Para pemimpin itu dari Quraisy, sesungguhnya mereka mempunyai hak atas kalian….. ” dan seterusnya.

Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam al-Musnad, 4/421 cetakan pertama dari Abu Barzah, dia menyandarkan kepada Nabi SAW bersabda,

“ Para Pemimpin itu dari Quraisy, jika mereka diminta mengasihi, maka mereka mengasihi, jika mereka berjanji, mereka memenuhi, jika mereka menetapkan hukum, maka mereka bersikap adil, barangsiapa dari mereka tidak melakukan itu, maka mereka mendapatkan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia.” (Muhibbudin al-Khatib).*

*Hadith ini sahih kerana banyaknya syahid dan jalan periwayatannya. Silakan merujuk takhrij al-Irwa’ (Ustaz Mahmud al-Istanbuli.)

Tambahan : Allamah Al-Qari menyebutkan dalam syarahnya terhadap Syarah an-Nukhbah bahawa al-Hafiz berkata tentang hadith ini bahawa ia mutawatir. Hadith ini mempunyai lanjutannya,

لا يقبل منه صرف ولا عدل
“Tidak diterima darinya amal wajib mahupun amal Sunnah.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, an-Nasaie dan Dhiya al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah ( Tambahan dari saudara-saudara dari Maktab al-Salafi.).

[3] Hadith ini diriwayatkan di dalam kitab Manaqib al-Anshar dari Sahih al-Bukhari (kitab 63 bab 11) dari hadith Hisyam bin Zaid bin Anas, dia berkata, Aku mendengar Anas bin Malik berkata,

“ Abu Bakar RA dan al-Abbas RA melewati sebuah majlis Ansar dan mereka menangis, yang nampak adalah bahawa hal tersebut pada saat Rasul Allah SAW sakit dan kemudian wafat, maka Rasul Allah bertanya,“Apa yang membuatkan kalian menangis?” Mereka menjawab, “kami teringat majlis Nabi SAW dari diri kami.” Lalu Abu Bakar datang kepada Nabi SAW dan menyampaikan hal itu kepada Nabi SAW. Anas berkata, “Maka Nabi SAW keluar dengan kepalanya yang dililit sepotong kain. Dia berkata, “Lalu Nabi SAW naik ke mimbar dan beliau tidak naik lagi selepas hari itu, Nabi SAW bertahmid dan memuji Allah kemudian beliau bersabda,

“ Aku berwasiat kepada kalian agar berbuat baik kepada orang-orang Ansar kerana mereka adalah orang-orang dekatku dan orang-orang kepercayaanku, mereka telah melaksanakan apa yang menjadi kewajipan mereka dan yang tersisa adalah apa yang menjadi hak mereka, terimalah dari orang yang berbuat baik dari mereka dan maafkanlah kesalahan orang yang berbuat salah dari mereka.”

Juga dalam hadith al-Bukhari ialah hadith dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dan hadith Qatadah dari Anas dengan makna yang senada, serupa dengannya seperti di dalam Sahih Bukhari dari Sa’id al-Khudri, dan juga dalam Sunan at-Tirmizi dari Ibnu Abbas. (Muhibbudin al-Khatib).

[4] Dalam Surah al-Hasyr ayat 8 dan 9,

(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). 

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.  [Surah al-Hasyr ayat 8-9] (Muhibbudin al-Khatib)

[5] Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah, 5/242, menukilkan dari hadith Imam Ahmad, dari Humaid bin Abdur Rahman bin Auf az-Zuhri (anak saudara perempuan Amirul Mukminin Uthman) khutbah Abu Bakar di Saqifah Bani Sa’idah, di antara ucapannya ialah,

“Kaliannya telah mengetahui bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda,
                Seandainya manusia berjalan menempuhi sebuah lembah sementara orang Ansar melewati lembah yang lain, nescaya aku akan menempuhi lembah yang ditempuhi oleh orang-orang Ansar. [Hadis Riwayat Imam Bukhari] (tambahan dari Ust. Mahmud al-Istanbuli)

Sungguh kamu telah mengetahui wahai Sa’ad bahawa Rasul Allah SAW bersabda dan ketika itu kamu sedang duduk,

“Quraisy adalah pemimpin perkara (pemerintahan) ini, orang-orang baik dari kalangan manusia mengikuti orang baik dari mereka, dan orang-orang yang jahat dari kalangan jahat dari kalangan manusia mengikuti orang-orang yang jahat dari mereka.”

Sa’ad menjawab, “ Kamu benar, kami adalah para pendukung, sementara kalian adalah para pemimpin.”*

*Perawi-perawi ini semuanya tsiqah kecuali Humaid bin AbdurRahman. Hadith ini memiliki syahid-syahid yang menguatkannya. Lihat Silsilah al-Ahadith ad-Dha’ifah, no. 1156. (tambahan dari Ust. Mahmud al-Istanbuli).

[6] Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, 6/305 menukil daripada al-Hafiz Abu Bakar al-Baihaqi, hadith Muhammad bin Yusuf al-Firyabi al-Hafiz*, dari Abbad bin Katsir ar-Ramli**, salah seorang syaikhnya, dari Abdul Rahman bin Hurmuz al-A’raj***, dari Abu Hurairah RA, beliau berkata,

“Demi Allah yang tiada tuhan yang haq melainkan Dia, seandainya Abu Bakar tidak diangkat menjadi Khalifah, nescaya Allah tidak akan disembah lagi.”

Kemudian dia berkata kali keduanya dan kali ketiganya. Maka dikatakan kepada Abu Hurairah RA, “Cukuplah wahai Abu Hurairah.”

Abu Hurairah RA berkata,
                “Rasul Allah SAW mengirim Usamah RA untuk memimpin 700 orang tentera ke Syam, ketika di sampai di Dzi Khasyab, Rasul Allah SAW wafat dan orang-orang Arab di sekeliling Madinah menjadi murtad, sahabat-sahabat Rasul Allah datang kepada Abu Bakar RA, mereka berkata,“Wahai Abu Bakar, batalkan mereka, engkau mengirim mereka melawan tentera Rom sementara orang Arab disekeliling Madinah telah murtad? Abu Bakar menjawab, “ Demi Zat yang tiada Tuhan yang haq melainkanNya, seandainya anjing-anjing berlari di kaki isteri-isteri Rasul Allah SAW, aku tidak akan membatalkan pasukan yang dikirimkan oleh Rasul Allah SAW dan aku tidak akan menurunkan panji perang yang dikibarkan oleh Rasul Allah SAW.”

Lalu Abu Bakar mengizinkan keberangkatan Usamah. Dan setiap kali pasukan tersebut melalui kabilah yang berniat untuk murtad, kabilah tersebut berkata, “Kalau kaum Muslimin tidak mempunyai kekuatan, nescaya pasukannya tidak akan diangkat berperang dengan Rom. Biarkan mereka sehingga mereka bertemu dengan orang-orang Rom. Maka pasukan Usamah bertemu pasukan Rom dan mengalahkan mereka, membunuh mereka serta pulang dengan selamat. Dan akibatnya banyak kabilah yang sentiasa di atas Islam. (Tambahan dari Muhibbudin al-Khatib).

*Imam Bukhari berkata, “Orang paling utama di zamannya.”
** Ibnu al-Madini berkata tentangnya, “ Tsiqah dan tiada masalah padanya.”
*** Salah seorang tabi’in yang wafat di Iskandariah.

Tuesday 13 March 2012

Kuliah: Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH Kuliah: Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH

Kuliah: Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH
Lokasi: Dewan KRT Taman Permata 'A', Padang Jalan Permata 16
Tarikh: 10/02/2012
Moderator: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya (MEDIU)

Ahli Panel:
1. Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya (ILMU)
2. Ustaz Aizam bin Mas'ud (JAKIM)





Saturday 10 March 2012

Siri 2 : Kebenaran yang Menjaga : ALLAH MENJAGA ISLAM DAN MANUSIA DENGAN ABU BAKAR RA.

KEBENARAN YANG MENJAGA
ALLAH MENJAGA ISLAM DAN MANUSIA DENGAN ABU BAKAR RA.
            Lalu Allah menolong Islam dan manusia (kegelisahan yang tersisih seperti awan hitam yang menjauh - , dan telah dipenuhi janji Allah dengan mendahulukan Rasul Allah SAW[1] dan menegakkan agama beliau di atas kesempurnaan, meskipun Islam telah ditimpa oleh musibah yang menimpanya, dengan Abu Bakar as-Siddiq RA[2], kerana pada ketika Nabi SAW meninggal, beliau tidak berada di tempat itu kerana menguruskan hartanya di Sunuh.[3]

            Selanjutnya Abu Bakar datang ke rumah puterinya Aisyah RA. Di rumahnya Nabi SAW wafat, Abu Bakar RA membuka wajah Rasul Allah SAW, dia menciumnya dan berkata,
“Aku korbankan bapaku dan ibuku demi dirimu ya Rasul Allah, engkau selalu baik dalam keadaan hidup dan mati. Demi Allah, Allah tidak mengumpulkan dua kematian atasmu. Adapun kematian yang Allah telah tuliskan atasmu, maka engkau telah mendahuluinya.”

            Kemudian Abu Bakar RA keluar ke masjid, dan orang-orang di dalamnya , sementara Umar RA berkata tidak keruan sebagaimana yang telah diceritakan sebelumnya. Abu Bakar naik ke mimbar, lalu mengucapkan hamdalah dan memuji Allah kemudian dia berkata,

            “Amma ba’du. Wahai manusia, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka beliau telah wafat, dan barangsiapa menyembah Allah, maka Allah hidup dan tidak akan mati.”

            Kemudian Abu Bakar RA membaca Firman Allah yang bermaksud,
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” [ Surah Ali-Imran ayat 144)

            Maka orang-orang keluar sambil membacanya di lorong-lorong Madinah seolah-olah ayat itu belum turun kecuali pada saat itu.[4]


[1]  Dikatakan “ Allah mendahulukan si fulan dengan si fulan, adalah jika dia meninggal ( Shaykh Muhibbudin al-Khatib).
[2] Iaitu Allah menolong Islam dan manusia dengan Abu Bakar. (Muhibbudin al-Khatib).
[3] Dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, al-Hafiz Ibnu Kathir (5/244) menyebutkan, “ As-Siddiq telah solat Subuh bersama kaum muslimin, pada waktu itu Rasul Allah SAW telah bangun dari pengsan kerana sakit yang membebankannya, beliau membuka kain penutup kamar, beliau melihat kaum muslimin yang sedang mendirikan solat Subuh di belakang Abu Bakar. Rasul Allah SAW bergembira kerana itu beliau tersenyum sehingga nyaris kaum muslimin hampir meninggalkan solat yang mereka kerjakan kerana kebahagiaan mereka terhadap (perbuatan Rasul SAW) dan sampai Abu Bakar hendak mengundur ke belakang  untuk berdiri di saf, lalu Rasul Allah SAW memberi isyarat agar mereka tetap seperti itu. Rasul Allah SAW menutup kain penutup, dan itu adalah saat-saat terakhir Rasul Allah SAW. Setelah solat, Abu Bakar masuk kepadanya dan berkata kepada Aisyah RA, “Aku tidak melihat Rasul Allah SAW kecuali sakitnya telah hilang dan ini adalah hari giliran Kharijah (salah seorang isteri Abu Bakar), di tinggal di Sunuh* sebelah timur Madinah. Abu Bakar pulang ke rumahnya dengan kuda. Rasul Allah SAW wafat ketika waktu dhuha… lalu Salim bin Ubaid menyusul Abu Bakar dan menyampaikan berita wafatnya Rasul Allah SAW. Abu Bakar RA datang setelah dia mengetahui berita itu.”

*As-Sunuh adalah kampung Bani al-Hariths bin al-Khazraj di pinggiran Madinah berjarak satu batu(mile) dengan masjid Rasul Allah SAW ( Shaykh Muhibbudin al-Khatib).
[4] Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitab Fadhail As-Shahabah dari Sahihnya (kitab 62, bab 5, 4/194) dari hadith Aishah RA.

Tuesday 6 March 2012

Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah 2011

Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah 2011 Part 1


Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah 2011 Part 2

Saturday 3 March 2012

SIRI 1 PENGARUH WAFATNYA NABI SAW PADA DIRI PARA SAHABAT R.ANHUM. SIRI 1 PENGARUH WAFATNYA NABI SAW PADA DIRI PARA SAHABAT R.ANHUM.

PENGARUH WAFATNYA NABI SAW PADA DIRI PARA SAHABAT R.ANHUM.
            Setelah Allah memberikan keutamaan kepada NabiNya SAW, dan telah menyempurnakan agamaNya untuk beliau dan untuk kita hamba-hambaNya, untuk melengkapi nikmatNya bagi beliau dan bagi kita, sebagaimana firman Allah SWT;

            Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. [ Surah al-Maidah ayat 3]
            
          Maka tidaklah ada pada sesuatu yang sempurna di dunia ini melainkan akan dihinggapi padanya kekurangan setelah itu. Kesempurnaan itu hanya untuk apa yang dikerjakan demi mencari Wajhullah secara khusus, dan itu adalah amal soleh dan kehidupan akhirat; iaitu negeri Allah yang sempurna. 

           Anas berkata, “ Kami belum mengibaskan tangan kami dari bekas tanah kubur Rasul Allah SAW (ketika memakamkan beliau) sehingga kami mengingkari (gejolak) hati kami sendiri.”[1]
            
            Keadaan pun menjadi kacau bilau, tetapi Allah menyelamatkan Islam dengan pembaiatan terhadap Abu Bakar RA. Wafatnya Nabi SAW ialah malapetaka yang besar.
           
              Sementara Ali RA menyembunyikan diri di rumahnya bersama Fatimah[2].

Usman RA Diam Sedangkan Umar Berkata Sesuatu Yang Bukan Pada Tempatnya
          
              Usman sendiri (memilih sikap) diam.
            
            Sedangkan Umar RA (seolah-olah hilang kesedaran diri), berkata sesuatu yang bukan kebenaran, “ Rasul Allah SAW tidak mati, akan tetapi Allah berjanji kepadanya sebagaimana Allah berjanji kepada Musa[3], Rasul Allah SAW pasti kembali dan beliau pasti memotong tangan dan kaki manusia-manusia[4].”

Perbincangan al-Abbas RA dan Ali RA Ketika Rasul Allah SAW Sakit.

            Fikiran al-Abbas dan Ali berngatung kepada masalah diri mereka berdua ketika saat sakitnya Nabi SAW. Al-Abbas berkara kepada Ali, “ Sesungguhnya aku melihat kematian di wajah Bani Abdul Mutthalib, marilah sehingga kita bertanya kepada Rasul Allah SAW, jika perkara ini ada pada kita nescaya kita mengetahuinya.”[5]

            Fikiran al-Abbas dan Ali tentang warisan mereka berdua terhadap apa yang ditinggalkan oleh Rasul Allah SAW dari Fadak, Bani Nadhir dan Khaibar.[6]

            Keadaan orang-orang Ansar berbelah bahagi, mereka menuntut kepimpinan untuk diri mereka atau memberikannya kepada orang Muhajirin.[7]

Sikap Pasukan Usamah bin Zaid RA.

            Dan telah berpatah hati bala tentera yang telah berangkat bersama Usamah di al-Juruf.[8]


[1]  Hadis ini diisyaratkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (5/273-274) salah satunya dari jalan Imam Ahmad dari Anas, beliau berkata, “ Pada hari kedatangan Rasul Allah SAW ke Madinah, segala sesuatu darinya bersinar, tetapi pada hari kematian Rasul Allah SAW segala sesuatu dari berubah menjadi gelap.” Dia berkata, “ Kami tidak mengibaskan tangan dari Rasul Allah SAW sehingga kami mengingkari hati kami.” At-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkannya. Berkata At-Tirmizi, “Ini adalah hadith sahih gharib.” Ibnu Kathir berkata, “ Sanadnya sahih berdasarkan syarat as-Sahihain.” (Muhibbudin al-Khatib).
[2]  Lihat Siri bertajuk “ Hadith, “Kami (Para Nabi) tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.”.

Setelah Nabi SAW wafat, Fatimah hidup di dalam rumahnya bersama Ali RA selama 6 bulan. Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata, “Ketika Fatimah sakit, Abu Bakar menjenguknya dan meminta kerelaannya, maka dia pun rela.” (al-Bidayah wa al-Nihayah (6/333).

Ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari jalan Ismail bin Abu Khalid dari as-Sya’bi, kemudian dia berkata, “ Ini adalah mursal hasan dengan sanad sahih.”

Al-Bukhari dalam kitab 64 bab 38, 5/82-83 berkata, dari hadith Urwah dari Aisyah, “ Ketika Fatimah wafat, Ali suaminya menguburkan di malam hari tanpa memberitahu Abu Bakar dan dia mensolatkannya sendiri. Semasa hidup Fatimah, Ali mendapat perhatian di mata masyarakat, dan ketika Fatimah wafat, Ali tidak menyukai sikap orang (kerana sikapnya yang menjauhi Abu Bakar), maka Ali berdamai dengan Abu Bakar dan membaiatnya.

[BUKTI ALI RA MEMBAIAH ABU BAKAR]

1.Baiat Ali ini adalah yang kedua setelah yang pertama di Tsaqifah Bani Sa’idah. Riwayat Ibnu Kathir dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah (5/249) menambahkan bahawa Ali tidak pernah memutuskan diri dari satu solat pun di belakang Abu Bakar As-Siddiq, dan Ali bersama dengan Abu Bakar ketika dia keluar ke Dzul Qisthah dengan menghunus pedang ketika hendak memerangi orang-orang murtad.

2.Allamah Muhammad Izza Darruzah dalam buku al-Jins al-Arabi (7/14) seterusnya berkata, “ At-Tabari meriwayatkan daripada Abdullah bin Sa’id az-Zuhri, dari pakciknya, Yaakub, dari Sa’id bin Umar, dari al-Walid bin Abdullah, dari al-Walid bin Jami’ az-Zuhri, bahawa Amru bin Huraith bertanya kepada Sa’id bin Zaid, dia berkata, “Bilakah Abu Bakar dibaiah? Apakah kamu menyaksikan kewafatan Nabi SAW ?”.

Dia menjawab, “ Ya… pada hari wafatnya Rasul Allah SAW, mereka tidak ingin membiarkan sebahagian hari sekalipun, sementara mereka tidak berada di atas jemaah.”

Dia bertanya, “ Adakah seseorang yang menyelisihi ?.”

Dia menjawab, “ Tidak, kecuali murtad atau orang yang hampir murtad kalau bukan Allah yang menyelamatkan mereka, dari sebahagian orang-orang Ansar.”

Dia bertanya, “ Adakah seorang Muhajirin yang berpangku tangan(tidak membaiah) ? .”

Dia menjawab,  “ Tidak, mereka berbondong-bondong membaiahnya(Abu Bakar) tanpa dia menyeru mereka.” (Juz 2 halaman 447).

Dfahami daripada kisah di atas ialah sikap Sa’ad bin Ubadah dan para penyokongnya pada hari Saqifah dan keinginan mereka untuk memegang kuasa pemerintahan, lalu Allah menyelamatkan mereka dan membuatkan mereka menarik diri lalu membaiah Abu Bakar tanpa perpecahan, perselisihan dan pertentangan. Riwayat ini menunjukkan kesungguhan yang sangat kuat dari para Sahabat Rasul Allah SAW baik Muhajirin dan Ansar untuk segera memutuskan perkara kepimpinan agar perkataan mereka dapat disatukan.

Riwayat ini juga menunjukkan orang-orang Bani Hashim yang termasuk di antara orang-orang Muhajirin yang berbondong-bondong membaiah Abu Bakar dan tiada seorang pun yang berpangku tangan.

3. Imam At-Tabari meriwayatkan berita baiah Ali kepada Abu Bakar secara langsung dengan tindakan yang sangat baik, di mana At-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hubaib bin Abu Tsabit bahawa Ali sedang berada di rumahnya. Berita tentang duduknya Abu Bakar untuk berbaiah sampai kepadanya dan Ali keluar dengan baju tanpa kain sarung dan kain selempang kerana dia terburu-buru, dan dia tidak ingin terlambat sehingga dia membaiahnya, kemudia dia duduk kepadanya dan mengutus seseorang untuk mengambil kainnya. Setelah ia dihadirkan Ali memakainya dan tetap duduk di tempatnya. (2/477).

Ini ditambahkan lagi ketika Ali RA memegang kuasa khalifah, beliar tidak memberi seorang pun yang mewarisinya dan tidak pula memberi seorang pun dari Bani Hashim apa yang ditinggalkan oleh Rasul Allah SAW berdasarkan hadis “Kami (Para Nabi) tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.”

Jika Abu Bakar tidak memberikan harta warisan kepada Fatimah, maka Abu Bakar juga melakukan perkara sedemikian kepada puterinya Aisyah. (Mahmud al-Istanbuli)





[3] Firman Allah SWT ;
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). [ Surah Al-Baqarah ayat 51]
Firman Allah SWT juga ;
Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. [ Surah al-A’raf ayat 142] (Muhibbudin al-Khatib)
[4] Musnad Ahmad(3/196), cetakan pertama, iaitu hadith Anas bin Malik tentang hari wafatnya Rasul Allah SAW, di dalamnya disebutkan,

“ Kemudian beliau menjulurkan kain penutup, di hari itu beliau dipanggil Tuhannya, Umar berdiri dan berkata, “ Sesungguhnya Rasul Allah SAW belum mati, akan tetapi Rabbnya memintanya datang sebagaimana Dia meminta Musa maka Musa meninggalkan kaumnya selama empat puluh malam. Sesungguhnya aku benar-benar berharap Rasul Allah SAW hidup sehingga beliau memotong tangan dan lidah orang-orang munafik yang mengatakan bahawa Rasul Allah SAW telah wafat.”

Dalam kitab Fadhail as-Shahabah dari Shahih al-Bukhari (Kitab 62 Bab 5) dari Aisyah,

“…. Lalu Umar berdiri sambil berkata, “Demi Allah, Rasul Allah SAW tidak mati…. Demi Allah tidak terlintas dalam jiwaku selain itu, dan Allah SWT akan membangkitkannya dan beliau akan memotong tangan dan kaki beberapa orang (munafik) .”

Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, (5/242), memetikkan apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari jalan Ibnu Lahi’ah, dari Abu al-Aswad, dari Urwah bin az-Zubair, yang berkata,

“Umar bin al-Khattab berdiri berkhutbah di kalangan khalayak , dia mengancam akan membunuh dan memotong orang yang berkata, “Nabi wafat.” Dia berkata, “Sesungguhnya Rasul Allah SAW tidur, kalau beliau bangun nescaya beliau akan membunuh dan memenggal (orang-orang munafik).” *

*Dalam sanad ini terdapat Ibnu Lahi’ah, dia adalah dhaif (Mahmud Istanbuli).

Dari ucapan Ustaz Mahmud Mahdi al-Istanbuli bahawa hadith ini dhaif kerana di dalamnya terdapat Ibnu Lahi’ah, akan tetapi masalah Ibnu Lahi’ah terdapat perincian yang luas, kerana Ibnu Lahi’ah mengalami masalah hafazan di akhir usianya. Barangsiapa mendengar darinya sebelum dia mengalami kekacauan hafazan di akhir usianya, maka hadithnya hasan seperti al-Abadillah yang tiga (iaitu : Abdullah bin Mubarak, Abdullah bin Wahab dan Abdullah bin Muqri), dan barangsiapa mendengar darinya setelah dia mengalami kekacauan di dalam hafazannya, maka hadithnya dhaif. Lihat Taqrib at-Tahzib (1/1444) (Tambahan dari Maktab As-Salafi).

Dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, (5/241) dari hadith Aisyah ketika dia menyebutkan waktu di mana Rasul Allah SAW wafat.

“Lalu Umar dan Mughirah bin Syu’bah datang, keduanya meminta izin dan Aisyah mengizinkan, kemudian keduanya berdiri di dekat pintu, maka al-Mughirah berkta, “ Wahai Umar, Rasul Allah SAW telah meninggal.” Umar menjawab, “Kamu menipu, akan tetapi kamu adalah lelaki yang telah diresapi fitnah. Sesungguhnya Rasul Allah SAW tidak meninggal sehingga Allah menghabisi orang-orang munafik.” Kemudian Abu Bakar datang, dia keluar ke masjid, sedangkan Umar berkhutbah di hadapan para sahabat, dia berkata, “Sesungguhnya Rasul Allah SAW tidak meninggal sehingga Allah menghabiskan orang-orang munafik.”

Tambahan dari Shaykh Muhibbudin al-Khatib : Makna أهجر  ialah perbicaraan yang bercampur-aduk, tidak terarah dan membanyakkan perbicaraan dalam sesuatu yang tidak berguna. Hal itu kerana pengaruh hebat peristiwa besar ini dalam diri Umar RA, dan dia hampir-hampir tidak mempercayainya.

[5] Ali RA menjawab,

“Demi Allah, kalau kita memintanya kepada Rasul Allah SAW lalu beliau tidak mengkabulkannya, nescaya orang sesudahnya tidak memberikannya kepada kita. Sesungguhnya aku demi Allah tidak akan memintanya dari Rasul Allah SAW.”

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab al-Maghazi dari Sahihnya (Kitab 64, bab 83, (5/140-141).

Ibnu Kathir memetik dari al-Bidayah wa an-Nihayah (5/227) dan 251 dari hadith az-Zuhri dari Abdullah bin Ka’ab dari Ibnu Abbas. Diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, (1/263) dan (325), cetakan pertama dan (4/2374) dan (5/2999) pada cetakan kedua. (Muhibbudin al-Khatib).

[6] Lihat perbahasan tentang hadis  “Kami (Para Nabi) tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.”.
 (Shaykh Muhibbudin al-Khatib)

[7] Mereka berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah dan di antara mereka terdapat Sa’ad bin Ubadah. Orang-orang Ansar berpendapat bahawa pemerintahan adalah milik mereka, kerana Madinah adalah negeri mereka, mereka adalah penolong Allah dan tentera pasukan Islam. Adapun orang-orang Quraisy, maka mereka adalah pendatang yang ditekan oleh kaumnya. Jadi mereka tidak patut mengambil perkara ini dengan meninggalkan orang-orang Ansar. Seorang khatib dari mereka iaitu al-Hubab ibnu Munzir berkata,

“Kami adalah pangkal yang kukuh dari pokok yang telah dipotong. Dari kami seorang pemimpin dan dari kalian seorang pemimpin. ” 

Bagaimanapun, ada seorang lelaki dari Ansar iaitu Bashir bin Sa’id al-Khazraji(bapa kepada Nu’man bin Basyir ) mendahului Umar untuk membaiah Abu Bakar. Sesaat sebelum itu di Saqifah terdapat 2 orang yang soleh iaitu Uwaim bin Sa’idah al-Aussi dan Ma’an bin Adi, sekutu  Ansar yang tidak menyukai keinginan orang-orang Ansarini, kedua orang ini keluar sementara keduanya berpendapat agar orang-orang Muhajirin menetapkan keputusan mereka untuk memegang pemerintahan tanpat melihat kepada sesiapa pun. Alam tetapi hikmah Abu Bakar dan cahaya iman yang memenuhi hatinya lebih luas pandangannya dan lebih baik perencanaannya bagi agama ini dalam musibah terbesarnya ( Muhibbudin al-Khatib).

[8]  Tentera ini berkekuatan seramai 700 askar, panglimanya adalah Usamah bin Zaid. Rasul Allah SAW telah menyiapkannya untuk berangkat ke Takhum al-Balqa’ (timur Jordan) di mana di sana Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah telah syahid di sana. Ketika Rasul Allah telah pulang ke ar-Rafi’ al-A’ka(wafat), banyak sahabat antaranya Umar al-Khattab meminta agar Abu Bakar menarik kembali pasukan ini agar kembali ke Madinah kerana kekacauan yang melanda Madinah, lebih-lebih lagi dari kaum(yang telah murtad).

Ibnu Kathir memetik dari al-Bidayah wa an-Nihayah, (6/304-305) hadith al-Qasim dan Amrah, dari Aisyah, dia berkata,
 “ Ketika Rasul Allah SAW wafat, seluruh orang-orang Arab di pedalaman (Badwi) murtad dan kemunafikan menjalar. Demi Allah, aku telah ditimpa sesuatu yang seandainya ia turun menimpa gunung yang kukuh, nescaya gunung itu akan bergoncang. Sahabat-sahabat Rasul Allah SAW seperti binatang ternakan yang ditimpa hujan di tempat yang kotor di malam yang hujan di tempat yang penuh dengan binatang buas. Demi Allah, mereka tidak berselisih tentang sesuatu kecuali bapaku menanganinya, memperhatikannya dan memutuskannya. ” (Muhibbudin al-Khatib.