Saturday, 24 March 2012

Jawapan kepada tuduhan syiah kepada Abu Bakar r.a- Siri 1


Bismillahi ar-Rahmanir Rahim

Berikut ialah pautan-pautan ilmiah yang menjawab isu-isu fitnah syiah imamiyah terhadap Abu Bakar r.a. Pautan-pautan  ini akan dikemas kini  dari semasa ke semasa dalam bentuk bersiri. Sebahagian dari link berikut telah dijawab oleh pihak syiah. Tapi kami harapkan agar sikap kritis bagi menilai jawapan kerana bukan semua jawapan tersebut  telah membatalkan hujah link-link berikut. Terdapat 33 pertuduhan syiah kepada Abu Bakar r.a.. InsyaAllah, akan dijawab pertuduhan yang valid dari masa ke semasa

Siri 1: Menjawab persoalan sekitar isu fadak 

Salah satu kekeliruan syiah ialah pendirian mereka yang tidak tetap dalam isu fadak.  Sekejap kata fadak adalah hadiah yang diberikan Rasulullah sallahu a'alaihi wassalam dan sekejap adalah harta perwarisan yang diberikan.

Terdapat sekurang-kurangnya 8 hujah syiah. Berikut ialah pautan-pautan yang menjawab dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
1.  Fadak adalah hadiah kepada Fatimah r.a

2.  Abu Bakar r.a tidak memberikan harta fadak kepada Fatimah r.a

3.  Fatimah r.a marah kepada Abu Bakar r.a


4.  Abu Bakar r.a tersilap/ mencipta  hadith  para nabi tidak mewariskan


5. Riwayat hadith ‘para nabi tidak mewariskan’ bercanggah dengan al-Quran


6. Ali r.a meminta harta fadak selepas kewafatan Fatimah r.a

7. Abu Bakar r.a menggunakan harta fadak

8. Umar r.a menukar keputusan Abu Bakar r.a berkenaan fadak


Friday, 23 March 2012

SIRI 4 : Sikap Abu Bakar Ra Terhadap Orang-Orang Yang Tidak Mahu Membayar Zakat Selepas Kewafatan Nabi Saw.

Umar dan lainnya R.Anhum berkata kepada Abu Bakar RA, “ Jika orang-orang Arab menolak membayar zakat pada Anda, maka bersabarlah atas mereka.”. Maka Abu Bakar RA menjawab, “ Demi Allah, seandainya mereka menolak menunaikan seutas tali yang dahulu mereka tunaikan kepada Rasul Allah SAW, nescaya aku akan memerangi mereka. Demi Allah aku akan memerangi orang yang memisahkan antara Zakat dan Solat.”[1]

            Abu Bakar ditanya, “ Bersama siapa engkau memerangi mereka.?” Beliau menjawab, “ Aku bersendirian, sehingga salifah aku ini terputus sekalipun.”[2]

            Abu Bakar menghantar panglima perang, dan para gabenor ke penjuru negeri, dia memilih mereka dengan pertimbangan yang matan. Hal itu termasuk tindakkannya yang benar dan langkah awalnya yang terbaik.[3]


[1] Ketika pasukan tentera Usamah berangkat ke timur Jordan, rombongan-rombongan Arab mulai datang ke Madinah, mereka mengakuti solat tetapi tidak mahu menunaikan zakat.

Ibnu Kathir, (6/311) berkata, “ Di antara mereka ada yang berdalil dengan firman Allah SWT,

            “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Surah at-Taubah ayat 103]

Mereka berkata, “Kami tidak membayar zakat kecuali kepada orang yang doanya adalah ketenangan bagi kami.”

Maka para sahabat telah berbicara dengan Abu Bakar RA agar membiarkan mereka menolak membayar zakat yang mereka pegang dan bersifat lembut terhadap mereka sampai keimanan bersemayam di dalam hati mereka, kemudian setelah itu mereka berzakat, tetabi Abu Bakar menolak dan tidak berkenan.

Jemaah ulama hadith meriwayatkan dalam kitab-kitab mereka, kecuali Ibnu Majah.

Dari Abu Hurairah bahawa Umar bin al-Khattab berkata kepda Abu Bakar,

“ Atas dasar apa engkau memerangi manusia sedangkan Rasul Allah SAW telah bersabda,

“ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang Haq selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka mengucapkannya, maka terjagalah darah dan harta mereka dariku kecuali dengan haknya.”

Abu Bakar menjawab,

“ Demi Allah, kalau mereka menolak membayar seekor anak binatan ternakan, dalam riwayat lain seutas tali yang dulu mereka bayarkan kepada Rasul Allah SAW, nescaya aku akan memerangi orang-orang yang memisahkan antara solat dan zakat.”

Umar berkata,

“Beberapa saat kemudian aku melihat bahawa Allah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi mereka, maka aku menyedari bahawa itu adalah kebenaran.”

Hadith ini di dalam Musnad Ahmad, (1/11,19,35-36) cetakan pertama, (1/67 dan 117,239)cetakan kedua, dari hadith Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah dari Abu Hurairah.

Dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, (6/312) al-Qasim bin Muhammad (bin Abu Bakar, salah seorang fuqaha 7) berkata, “ Bani Asad, Ghathafan, dan Thaiyi’ berkumpul pada Thulaihah al-Asadi, mereka mengirim rombongan ke Madinah. Mereka singga pada orang-orang yang mempunyai pandangan, dan orang-orang tersebut menerima mereka kecuali al-Abbas. Orang-orang tersebut membawa delegasi itu kepada Abu Bakar, mereka bersedia mendirikan solat tetapi menolak menunaikan zakat. Maka Allah meneguhkan Abu Bakar di atas kebenaran.

Abu Bakar berkata,

“Seandainya mereka menolak menunaikan seutas tali kepadaku, nescaya aku akan memerangi mereka. (Muhibbudin al-Khatib.)

[2]  As-Salifah maksudnya sisi leher, ada dua sisi iaitu kanan dan kiri, dan salah satunya tidak terputus dari yang lain melainkan dengan kematian. (Muhibbudin al-Khatib)

[3] Para panglima tersebut ialah Abu Ubaidah, Amir bin Abdullah bin al-Jarrah al-Fihri, Amru bin al-Ash as-Shahmi, Khalid bin al-Walid al-Makhzumi, Khalid bin Sa’id bin al-Ash al-Umawi, Yazid bin Abu Sufyan, Ikrimah bin Abu Jahal, al-Muhajir bin Abu Umayyah saudara kandung kepada Ummu Salamah Ummul Mukminin, Syurahbil bin Hasanah, Muawiyah bin Abu Sufyan, Suhail bin Amru al-Amiri, al-Qa’qa bin Amru at-Tamimi, Arfajah bin Hartsamah al-Bariqi, al-Alaa’ bin al-Hadhrami, al-Mutsanna bin Haritsah as-Syaibani, Huzaifah bin Mihshan al-Ghathafani.

Para Gabenor pula ialah  Attab bin Usaid  al-Umawi, Usman bin al-Ash as-Tsaqafi, Ziyad bin Labid al-Anshari, Abu Musa al-Ash’ari, Muadz bin Jabal, Ya’la bin Munayyah, Jarir bin Abdullah al-Bajali, Iyadh bin Ghanam, al-Walid bin Uqban bin Abu Mu’aith, Abdullah bin Tsaur, salah seorang dari Bani Ghauts dan Suwaid bin Muqrin al-Muzani.

Saturday, 17 March 2012

SIRI 3 Sikap Abu Bakar RA dalam Pertemuan di Tempat Teduh (Saqifah) Bani Sa’idah.

Kaum Ansar berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah, mereka bermesyuarat tanpa mengetahui apa yang akan mereka lakukan. Hal tersebut diketahui oleh orang-orang Muhajirin, maka mereka berkata, “Kita meminta agar mereka datang kemari.” Abu Bakar berkata, “ Tidak, kitalah yang datang kepada mereka.” Maka orang-orang Muhajirin mendatangi mereka. Di antara orang-orang Muhajirin tersebut terdapat Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah, maka terjadilah perbicaraan. Sebahagian Ansar berkata, “Seorang pemimpin dari kami dan seorang lagi dari kalian.[1]Lalu Abu Bakar berbicara dengan panjang dan benar.

Dan di antara perkataan Abu Bakar, 

“Kami pemimpinnya sementara kalian adalah menterinya,” 

Sesungguhnya Rasul Allah SAW bersabda, mafhumnya

“ Para Pemimpin itu dari Quraisy.”[2]

Beliau bersabda,
“Aku mewasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada orang-orang Ansar, hendaknya kalian menerima orang yang berbuat baik dari mereka dan memaafkan yang berbuat salah dari mereka. ”[3]
            
Sesungguhnya Allah menamakan kami As-Sadiqiin (orang-orang yang benar) dan kalian Muflihin ( orang-orang yang beruntung)[4] Allah telah memerintahkan agar kalian bersama kami di manapun kami berada.

FirmanNya,
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. [Surah at-Taubah ayat 119]
            
Dan ucapan-ucapan beliau yang lain yang benar dengan dalil-dalil yang kuat, maka orang-orang Ansar teringat akan hal itu dan tunjuk kepadanya, lalu mereka membaiat Abu Bakar.[5]

Seterusnya Abu Bakar RA mengeluarkan perintah kepada Usamah,

“Berangkatlah untuk melaksanakan perintah Rasul Allah SAW.”

            Maka Umar RA berkata, “Bagaimana anda mahu meneruskan pasukan ini sementara orang-orang Arab bergolak di atasmu?”

            Abu Bakar RA menjawab, “ Seandainya anjing-anjing bermain dengan gelang kaki wanita Madinah sekalipun, nescaya aku tidak akan membatalkan pasukan yang diizin untuk berangkat oleh Rasul Allah SAW.”[6]


[1] Yang berkata demikian ialah seorang khatib dari Anshar, namanya al-Hubab bin al-Mundzir. (Muhibbudin al-Khatib).
[2]  Hadith ini ada di dalam Musnad at-Thayalisi, no. 926 dari Abu Barzah dan no. 2133 dari Anas, dan dalam kitab al-Ahkam dari Sahih al-Bukhari ( Kitab 93, bab 2 , 8/104-105) dari Muawiyah bahawa dia mendengar Rasul Allah SAW bersabda,

“Sesungguhnya perkara ini ada pada Quraisy, tidak seorang pun memusuhi mereka melainkan Allah menelungkupkan di atas wajahnya selama mereka menegakkan agama.”

Dan dari Ibnu Umar RA, Rasul Allah SAW bersabda,

“ Perkara ini senantiasa di tangan Quraisy selama tersisa dari mereka dua orang. ”

Dalam Musnad Imam Ahmad, 3/129 , cetakan pertama dari Anas bin Malik bahawa Rasul Allah SAW berdiri di pintu rumah di mana kami berada di dalamnya, beliau bersabda,

“ Para pemimpin itu dari Quraisy, sesungguhnya mereka mempunyai hak atas kalian….. ” dan seterusnya.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam al-Musnad, 3/183, cetakan pertama, dari Anas, beliau berkata,

“Kami sedang berada di rumah seorang lelaki dari Ansar lalu Nabi SAW datang, beliau berdiri dan memegang daun pintu, lalu beliau berkata,

“ Para pemimpin itu dari Quraisy, sesungguhnya mereka mempunyai hak atas kalian….. ” dan seterusnya.

Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam al-Musnad, 4/421 cetakan pertama dari Abu Barzah, dia menyandarkan kepada Nabi SAW bersabda,

“ Para Pemimpin itu dari Quraisy, jika mereka diminta mengasihi, maka mereka mengasihi, jika mereka berjanji, mereka memenuhi, jika mereka menetapkan hukum, maka mereka bersikap adil, barangsiapa dari mereka tidak melakukan itu, maka mereka mendapatkan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia.” (Muhibbudin al-Khatib).*

*Hadith ini sahih kerana banyaknya syahid dan jalan periwayatannya. Silakan merujuk takhrij al-Irwa’ (Ustaz Mahmud al-Istanbuli.)

Tambahan : Allamah Al-Qari menyebutkan dalam syarahnya terhadap Syarah an-Nukhbah bahawa al-Hafiz berkata tentang hadith ini bahawa ia mutawatir. Hadith ini mempunyai lanjutannya,

لا يقبل منه صرف ولا عدل
“Tidak diterima darinya amal wajib mahupun amal Sunnah.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, an-Nasaie dan Dhiya al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah ( Tambahan dari saudara-saudara dari Maktab al-Salafi.).

[3] Hadith ini diriwayatkan di dalam kitab Manaqib al-Anshar dari Sahih al-Bukhari (kitab 63 bab 11) dari hadith Hisyam bin Zaid bin Anas, dia berkata, Aku mendengar Anas bin Malik berkata,

“ Abu Bakar RA dan al-Abbas RA melewati sebuah majlis Ansar dan mereka menangis, yang nampak adalah bahawa hal tersebut pada saat Rasul Allah SAW sakit dan kemudian wafat, maka Rasul Allah bertanya,“Apa yang membuatkan kalian menangis?” Mereka menjawab, “kami teringat majlis Nabi SAW dari diri kami.” Lalu Abu Bakar datang kepada Nabi SAW dan menyampaikan hal itu kepada Nabi SAW. Anas berkata, “Maka Nabi SAW keluar dengan kepalanya yang dililit sepotong kain. Dia berkata, “Lalu Nabi SAW naik ke mimbar dan beliau tidak naik lagi selepas hari itu, Nabi SAW bertahmid dan memuji Allah kemudian beliau bersabda,

“ Aku berwasiat kepada kalian agar berbuat baik kepada orang-orang Ansar kerana mereka adalah orang-orang dekatku dan orang-orang kepercayaanku, mereka telah melaksanakan apa yang menjadi kewajipan mereka dan yang tersisa adalah apa yang menjadi hak mereka, terimalah dari orang yang berbuat baik dari mereka dan maafkanlah kesalahan orang yang berbuat salah dari mereka.”

Juga dalam hadith al-Bukhari ialah hadith dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dan hadith Qatadah dari Anas dengan makna yang senada, serupa dengannya seperti di dalam Sahih Bukhari dari Sa’id al-Khudri, dan juga dalam Sunan at-Tirmizi dari Ibnu Abbas. (Muhibbudin al-Khatib).

[4] Dalam Surah al-Hasyr ayat 8 dan 9,

(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). 

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.  [Surah al-Hasyr ayat 8-9] (Muhibbudin al-Khatib)

[5] Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah, 5/242, menukilkan dari hadith Imam Ahmad, dari Humaid bin Abdur Rahman bin Auf az-Zuhri (anak saudara perempuan Amirul Mukminin Uthman) khutbah Abu Bakar di Saqifah Bani Sa’idah, di antara ucapannya ialah,

“Kaliannya telah mengetahui bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda,
                Seandainya manusia berjalan menempuhi sebuah lembah sementara orang Ansar melewati lembah yang lain, nescaya aku akan menempuhi lembah yang ditempuhi oleh orang-orang Ansar. [Hadis Riwayat Imam Bukhari] (tambahan dari Ust. Mahmud al-Istanbuli)

Sungguh kamu telah mengetahui wahai Sa’ad bahawa Rasul Allah SAW bersabda dan ketika itu kamu sedang duduk,

“Quraisy adalah pemimpin perkara (pemerintahan) ini, orang-orang baik dari kalangan manusia mengikuti orang baik dari mereka, dan orang-orang yang jahat dari kalangan jahat dari kalangan manusia mengikuti orang-orang yang jahat dari mereka.”

Sa’ad menjawab, “ Kamu benar, kami adalah para pendukung, sementara kalian adalah para pemimpin.”*

*Perawi-perawi ini semuanya tsiqah kecuali Humaid bin AbdurRahman. Hadith ini memiliki syahid-syahid yang menguatkannya. Lihat Silsilah al-Ahadith ad-Dha’ifah, no. 1156. (tambahan dari Ust. Mahmud al-Istanbuli).

[6] Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, 6/305 menukil daripada al-Hafiz Abu Bakar al-Baihaqi, hadith Muhammad bin Yusuf al-Firyabi al-Hafiz*, dari Abbad bin Katsir ar-Ramli**, salah seorang syaikhnya, dari Abdul Rahman bin Hurmuz al-A’raj***, dari Abu Hurairah RA, beliau berkata,

“Demi Allah yang tiada tuhan yang haq melainkan Dia, seandainya Abu Bakar tidak diangkat menjadi Khalifah, nescaya Allah tidak akan disembah lagi.”

Kemudian dia berkata kali keduanya dan kali ketiganya. Maka dikatakan kepada Abu Hurairah RA, “Cukuplah wahai Abu Hurairah.”

Abu Hurairah RA berkata,
                “Rasul Allah SAW mengirim Usamah RA untuk memimpin 700 orang tentera ke Syam, ketika di sampai di Dzi Khasyab, Rasul Allah SAW wafat dan orang-orang Arab di sekeliling Madinah menjadi murtad, sahabat-sahabat Rasul Allah datang kepada Abu Bakar RA, mereka berkata,“Wahai Abu Bakar, batalkan mereka, engkau mengirim mereka melawan tentera Rom sementara orang Arab disekeliling Madinah telah murtad? Abu Bakar menjawab, “ Demi Zat yang tiada Tuhan yang haq melainkanNya, seandainya anjing-anjing berlari di kaki isteri-isteri Rasul Allah SAW, aku tidak akan membatalkan pasukan yang dikirimkan oleh Rasul Allah SAW dan aku tidak akan menurunkan panji perang yang dikibarkan oleh Rasul Allah SAW.”

Lalu Abu Bakar mengizinkan keberangkatan Usamah. Dan setiap kali pasukan tersebut melalui kabilah yang berniat untuk murtad, kabilah tersebut berkata, “Kalau kaum Muslimin tidak mempunyai kekuatan, nescaya pasukannya tidak akan diangkat berperang dengan Rom. Biarkan mereka sehingga mereka bertemu dengan orang-orang Rom. Maka pasukan Usamah bertemu pasukan Rom dan mengalahkan mereka, membunuh mereka serta pulang dengan selamat. Dan akibatnya banyak kabilah yang sentiasa di atas Islam. (Tambahan dari Muhibbudin al-Khatib).

*Imam Bukhari berkata, “Orang paling utama di zamannya.”
** Ibnu al-Madini berkata tentangnya, “ Tsiqah dan tiada masalah padanya.”
*** Salah seorang tabi’in yang wafat di Iskandariah.

Tuesday, 13 March 2012

Kuliah: Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH Kuliah: Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH

Kuliah: Biar Beza Politik Asal Sepakat Tolak SYIAH
Lokasi: Dewan KRT Taman Permata 'A', Padang Jalan Permata 16
Tarikh: 10/02/2012
Moderator: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya (MEDIU)

Ahli Panel:
1. Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya (ILMU)
2. Ustaz Aizam bin Mas'ud (JAKIM)





Saturday, 10 March 2012

Siri 2 : Kebenaran yang Menjaga : ALLAH MENJAGA ISLAM DAN MANUSIA DENGAN ABU BAKAR RA.

KEBENARAN YANG MENJAGA
ALLAH MENJAGA ISLAM DAN MANUSIA DENGAN ABU BAKAR RA.
            Lalu Allah menolong Islam dan manusia (kegelisahan yang tersisih seperti awan hitam yang menjauh - , dan telah dipenuhi janji Allah dengan mendahulukan Rasul Allah SAW[1] dan menegakkan agama beliau di atas kesempurnaan, meskipun Islam telah ditimpa oleh musibah yang menimpanya, dengan Abu Bakar as-Siddiq RA[2], kerana pada ketika Nabi SAW meninggal, beliau tidak berada di tempat itu kerana menguruskan hartanya di Sunuh.[3]

            Selanjutnya Abu Bakar datang ke rumah puterinya Aisyah RA. Di rumahnya Nabi SAW wafat, Abu Bakar RA membuka wajah Rasul Allah SAW, dia menciumnya dan berkata,
“Aku korbankan bapaku dan ibuku demi dirimu ya Rasul Allah, engkau selalu baik dalam keadaan hidup dan mati. Demi Allah, Allah tidak mengumpulkan dua kematian atasmu. Adapun kematian yang Allah telah tuliskan atasmu, maka engkau telah mendahuluinya.”

            Kemudian Abu Bakar RA keluar ke masjid, dan orang-orang di dalamnya , sementara Umar RA berkata tidak keruan sebagaimana yang telah diceritakan sebelumnya. Abu Bakar naik ke mimbar, lalu mengucapkan hamdalah dan memuji Allah kemudian dia berkata,

            “Amma ba’du. Wahai manusia, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka beliau telah wafat, dan barangsiapa menyembah Allah, maka Allah hidup dan tidak akan mati.”

            Kemudian Abu Bakar RA membaca Firman Allah yang bermaksud,
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” [ Surah Ali-Imran ayat 144)

            Maka orang-orang keluar sambil membacanya di lorong-lorong Madinah seolah-olah ayat itu belum turun kecuali pada saat itu.[4]


[1]  Dikatakan “ Allah mendahulukan si fulan dengan si fulan, adalah jika dia meninggal ( Shaykh Muhibbudin al-Khatib).
[2] Iaitu Allah menolong Islam dan manusia dengan Abu Bakar. (Muhibbudin al-Khatib).
[3] Dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, al-Hafiz Ibnu Kathir (5/244) menyebutkan, “ As-Siddiq telah solat Subuh bersama kaum muslimin, pada waktu itu Rasul Allah SAW telah bangun dari pengsan kerana sakit yang membebankannya, beliau membuka kain penutup kamar, beliau melihat kaum muslimin yang sedang mendirikan solat Subuh di belakang Abu Bakar. Rasul Allah SAW bergembira kerana itu beliau tersenyum sehingga nyaris kaum muslimin hampir meninggalkan solat yang mereka kerjakan kerana kebahagiaan mereka terhadap (perbuatan Rasul SAW) dan sampai Abu Bakar hendak mengundur ke belakang  untuk berdiri di saf, lalu Rasul Allah SAW memberi isyarat agar mereka tetap seperti itu. Rasul Allah SAW menutup kain penutup, dan itu adalah saat-saat terakhir Rasul Allah SAW. Setelah solat, Abu Bakar masuk kepadanya dan berkata kepada Aisyah RA, “Aku tidak melihat Rasul Allah SAW kecuali sakitnya telah hilang dan ini adalah hari giliran Kharijah (salah seorang isteri Abu Bakar), di tinggal di Sunuh* sebelah timur Madinah. Abu Bakar pulang ke rumahnya dengan kuda. Rasul Allah SAW wafat ketika waktu dhuha… lalu Salim bin Ubaid menyusul Abu Bakar dan menyampaikan berita wafatnya Rasul Allah SAW. Abu Bakar RA datang setelah dia mengetahui berita itu.”

*As-Sunuh adalah kampung Bani al-Hariths bin al-Khazraj di pinggiran Madinah berjarak satu batu(mile) dengan masjid Rasul Allah SAW ( Shaykh Muhibbudin al-Khatib).
[4] Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitab Fadhail As-Shahabah dari Sahihnya (kitab 62, bab 5, 4/194) dari hadith Aishah RA.

Tuesday, 6 March 2012

Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah 2011

Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah 2011 Part 1


Dialog Antara Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah 2011 Part 2